500,000 kanak-kanak di negara ini hidap disleksia dan
ada tidak disedari ibu bapa
RAKAN sebaya anak anda seronok setiap pagi untuk
ke sekolah, tetapi anak anda bersikap sebaliknya. Jika
menghadapi masalah sebegitu, anda dinasihatkan
supaya mencari jawapan di sebalik alasan diberikan
bagi mengenal pasti masalah dihadapi.
Kerap gagal dalam ujian diberikan, selain gagal
mengikuti pengajaran guru menyebabkan kanak-
kanak itu sering dilabelkan sebagai murid lembab dan
nakal, sekali gus memberikan kesan mendalam kepada
murid berkenaan yang rata-ratanya mereka sendiri
mungkin tidak tahu bagaimana untuk diluahkan kepada
ibu bapa atau guru, apa sebenarnya yang mereka
hadapi.
Tanda yang ditunjukkan anak berkenaan, mungkin
sebenarnya disebabkan masalah lain termasuk
menghidap disleksia yang memungkinkan berlaku
kesukaran kepada hidupnya kerana kanak-kanak
disleksik bermasalah dari segi pembelajaran.
Maklumat yang menakutkan, apabila anak berkenaan
tidak dibantu pada peringkat awal lagi, beliau akan
menjadi remaja bermasalah. Sungguhpun ramai orang
ternama dunia termasuk Albert Einstein, Winston
Churchill, Walt Disney, Tom Cruise, Leonardo Da
Vincci, selain data menunjukkan kira-kira 30 peratus
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat ternama juga
adalah disleksik yang membuktikan penghidap
disleksia boleh menikmati kehidupan cemerlang, pada
masa sama kajian di Amerika Syarikat (AS) mendapati
50 peratus banduan di negara itu adalah penghidap
penyakit berkenaan.
Senario itu membuktikan kanak-kanak yang dibantu
boleh menjadi manusia berguna, sebaliknya sekiranya
dibiarkan begitu saja, boleh memberikan kesan negatif
pada masa depannya.
Presiden Persatuan Disleksia Malaysia, Sariah Amirin,
berkata sungguhpun isu berkenaan menjadi masalah
'cukup tua' dikesan di dunia, kesedarannya masih
berada di takuk lama yang mana ibu bapa, malah guru
masih belum memahami sepenuhnya dan kanak-kanak
disleksik terus terbiar tanpa bantuan.
"Kanak-kanak disleksik masih ramai terabai kerana
masih ramai guru yang gagal memahami karakter
disleksia. Sekiranya mereka mengetahuinya, mereka
tidak memiliki kemahiran khusus. Dengan kekurangan
tenaga pengajar yang mahir, kanak-kanak yang
sepatutnya mendapat tunjuk ajar khusus, sebaliknya
bercampur satu kelas dengan murid normal.
"Apabila bercampur, mereka sudah pasti tidak
menunjukkan prestasi membanggakan, sering dilabel
pelajar bodoh dan lembab, selain diabaikan kerana guru
juga tidak mempunyai masa cukup memberikan
tumpuan lebih terhadap murid disleksik. Bayangkan,
anda dilabel bodoh dan lembab sepanjang waktu?
Bukankah ia mempunyai kesan buruk, sedangkan anda tahu
anda bijak,???
Bukankah ia mempunyai kesan buruk, sedangkan anda tahu
anda bijak,???
Disleksia adalah masalah kesukaran pembelajaran,
yang memberikan kesan terhadap pembacaan, ejaan,
menulis dan mengingat. Ia adalah kesan daripada
kerosakan kebolehan otak untuk mentafsirkan imej
yang diterima menerusi penglihatan atau pendengaran
untuk diterjemahkan dalam bentuk bahasa yang
difahami.
Individu disleksia memiliki beberapa kelemahan
termasuk melihat huruf secara terbalik seperti 'was'
sebagai 'saw', 'b' sebagai 'd' atau 'p' sebagai 'q'. Kesukaran
dalam memahami, mengingat atau mengulang apa yang
disebut melalui tulisan dan mempunyai tulisan yang
tidak
cantik.
Sariah berkata, pengesanan awal amat membantu
kanak-kanak berkenaan hidup menikmati kehidupan
bermutu dan memudahkan mereka belajar membaca
serta menulis dengan baik. Sungguhpun hari ini ada
sekolah yang memiliki kelas untuk murid disleksik,
masih banyak sekolah tidak memilikinya, malah hanya
boleh menempatkan cuma 20 murid pada sesuatu
masa, sedangkan kajian menunjukkan lebih 500,000
kanak-kanak sekolah menderita akibat disleksia.
Menangani masalah berkenaan, katanya, persatuan itu
bersedia melatih guru menangani kanak-kanak
disleksik sekiranya Kementerian Pendidikan benar-
benar serius menangani isu berkenaan.
"Kita perlu faham bahawa kanak-kanak ini bukanlah
sakit atau menghadapi gangguan mental, sebaliknya
kebolehan dari segi pembelajaran. Berbekalkan
kesabaran dan teknik yang betul, kanak-kanak ini
mampu menangani masalah yang mereka hadapi itu.
"Individu disleksik adalah insan pintar dan sekiranya kita
terus mengabaikan, mungkin kita kehilangan saintis, doktor
serta bijak pandai kerana ramai orang hebat di dunia, juga
disleksik.
terus mengabaikan, mungkin kita kehilangan saintis, doktor
serta bijak pandai kerana ramai orang hebat di dunia, juga
disleksik.
Kanak-kanak yang diabaikan ini membolehkan mereka
terjerumus dalam kancah sosial yang merosakkan,"
katanya.
Mengulas mengenai pembiayaan kos ditanggung
persatuan berkenaan, Sariah berkata, menjalankan kerja
mengajar dan program kesedaran, persatuan itu
bergantung sepenuhnya daripada derma serta sumbangan
korporat.
mengajar dan program kesedaran, persatuan itu
bergantung sepenuhnya daripada derma serta sumbangan
korporat.
Puluhan ribu diperlukan setiap bulan membabitkan
gaji guru dan pekerja, selain sewa yang perlu dibayar
bagi membolehkan persatuan terus berbakti kepada
pihak memerlukan.
Sariah berkata, persatuan berkenaan ditubuhkan sejak
1993 dan banyak menganjurkan seminar serta bengkel
membolehkan kanak-kanak disleksik terus belajar dan
mampu kembali seperti normal yang tidak mungkin
boleh didapati di sekolah biasa,
"Kanak-kanak ini bukan sepenuhnya belajar di sini,
sebaliknya akan ada beberapa kelas dan dalam tempoh
tertentu untuk mereka belajar dan teknik pembelajaran
diberikan adalah berbeza. Dengan jumlah murid yang
kecil seperti lima orang, guru akan mampu memberikan
perhatian sepenuhnya.
"Sekiranya di sekolah, kanak-kanak ini belajar bahasa
Melayu, kita di persatuan pula mengajarnya dalam
bahasa Inggeris dan matematik. Selama tiga bulan
pembelajaran komprehensif, selebihnya mereka boleh
menghadiri kelas tambahan," katanya.
No comments:
Post a Comment