Thursday, December 15, 2011

Kisah 14 Dec 2011 ~ Pemergian Guru Besar SKTP

Lebih kurang pukul 10.30am kami telah dikejutkan dengan pemergian Guru Besar SK Tanah Puteh, iaitu Ustaz Hj. Subri bin Hj. Harun...beliau telah meninggal dunia di Melaka kerana serangan jantung. Lebih kurang pukul 1pm, lima buah kereta bertolak ke Kg. Sg. Putat, Batu Berendam kerana arwah dikebumikan di sana. Turut hadir ialah pegawai-pegawai JPNP, PPD, Guru-guru besar dan juga rakan taulan. Jenazah selamat dikebumikan pada pukul 6.30pm. Beliau meninggalkan seorang balu yg juga merupakan seorang guru beserta 5 orang cahaya mata. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman ~ Al-Fatihah...