Thursday, December 15, 2011

Kisah 14 Dec 2011 ~ Pemergian Guru Besar SKTP

Lebih kurang pukul 10.30am kami telah dikejutkan dengan pemergian Guru Besar SK Tanah Puteh, iaitu Ustaz Hj. Subri bin Hj. Harun...beliau telah meninggal dunia di Melaka kerana serangan jantung. Lebih kurang pukul 1pm, lima buah kereta bertolak ke Kg. Sg. Putat, Batu Berendam kerana arwah dikebumikan di sana. Turut hadir ialah pegawai-pegawai JPNP, PPD, Guru-guru besar dan juga rakan taulan. Jenazah selamat dikebumikan pada pukul 6.30pm. Beliau meninggalkan seorang balu yg juga merupakan seorang guru beserta 5 orang cahaya mata. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman ~ Al-Fatihah...



Wednesday, November 30, 2011

Menghias Apa Yang Perlu

Cuti hujung tahun ni cikgu2 PK beserta PPM merajinkan diri menambah hiasan kelas utk kegunaan tahun 2012...TQ to cikgu Yana & PPM Ida   :)








































Ops membalut meja...















Friday, November 25, 2011

Mural ~ sambungan...


Inilah hasil guru-guru PK bersama anak murid...bermula August tp November baru siap...kesibukan menjadi kekangan...hehehe...hasil yang tidak seberapa tp ok lah tu kn drp dinding luar kelas PK tu kosong & suram je...    :)














Gambar ikan dan pokok ni pula dilukis oleh murid-murid dengan hasil tunjuk ajar oleh guru...


















Tuesday, November 22, 2011

Renungan bersama :)

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2010/01/koleksi-kata-kata-hikmat-hikmah.html#ixzz1eRzInxeW

Monday, November 21, 2011

Takwim Persekolahan 2012 ~ Kump. B

Hari Kantin SK Tanah Puteh

Sempena Hari Kantin SKTP 2011, cikgu-cikgu PK sepakat utk menjual dadih, jagung, dan juga aksesori kpd pelajar...semua jualan dilakukan pd hari tersebut kecuali dadih yg perlu disediakan pd peringkat awal...

So ni la gambar pada peringkat penyediaan dadih tersebut...   :)





Ni pulak gambar semasa aktiviti jualan diadakan...



Murid-murid ni setia beratur tunggu jagung tgh masak...mmg tidak disangkakan jualan jagung mmg mendapat sambutan di luar jangkaan...asalnya 3kg je...kemudian ditambah lg menjadi 6kg...tetapi masih tak cukup juga...huuuu...

Dadih 3 perisa ~ jagung, strawberry & coklat

Cikgu yg posing lebih...eheheeee

Antara aksesori yg dijual...




Alhamdulillah...hasil usahasama cikgu-cikgu beserta pelajar, untung semasa jualan Hari Kantin ni sgt2 menguntungkan...terima kasih juga kepada 4org murid darjah 6 yg sudi membantu menguruskan gerai pd hari tersebut   :)