Saturday, April 16, 2011

AKTIVITI DI DALAM KELAS ~ ORIGAMI

Origami Ikan


Dapat meningkatkan daya kreativiti murid pk dan dapat menguatkan motor kasar dan motor halus.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Kertas bersaiz segi empat sama
2. Warna (pensel warna atau krayon atau magic pen)
atau
Kertas warna bersaiz segi empat sama








Langkah-langkah membuatnya:

Lipat kertas seperti gambar rajah yang ditunjukkan di bawah.
























Setelah siap, warnakan mengikut kreativiti masing-masing. Boleh juga ditampalkan kertas berbentuk bulat-bulat di atas ikan itu sebagai sisik. Jadi kanak-kanak telah dapat menjalani kombinasi aktiviti lipatan kertas/origami dan kolaj.

Autisme ~ Penyakit Cacat Daya Fikir




Sepasang suami isteri apabila berumahtangga ingin dapatkan
cahaya mata untuk menambah suasana keriangan 
hidup berkeluarga.





















Oleh itu, ayah dan ibu kepada bayi baru lahir itu mempunyai 
1,001 harapan untuk masa depan bayi kesayangan mereka. 
Andainya bayi dilahirkan itu normal, mereka akan lega dan 
tidak perlu bimbang.


Namun jika berlaku sebaliknya dan bayi yang ditunggu-tunggu 
sekian lama didapati cacat, reaksi ayah dan ibu akan 
bertukar. Ada ibu bapa boleh menerima hakikat ini, terus 
berusaha dan bertawakal kepada yang Maha Kuasa, demi masa 
depan anak mereka.


Namun, ada juga ibu bapa mungkin berasa putus asa dan sanggup 
membiarkan anak istimewa ini begitu saja tanpa memberi perhatian dan 
tumpuan sepatutnya.

Malah, ada ibu bapa tidak mahu lagi menjaga anak seperti ini, justeru sanggup 
menyerahkan anak mereka kepada jabatan kebajikan masyarakat untuk 
dibelai dan dijaga atau meninggalkannya di hospital.

Yang lebih teruk ialah apabila bayi tidak berdosa ini dibungkus dengan kain 
dan diletak di merata-rata tempat dengan harapan orang lain akan 
mengambilnya.

Apabila berbicara mengenai bayi tidak normal dan didapati cacat dalam 
perkembangan daya fikir, sistem yang terganggu ialah sistem saraf, terutama 
struktur otak.

Kecacatan pada struktur otak akan menjejaskan fungsi otak, oleh itu kanak-
kanak terbabit akan menunjukkan tanda luar biasa daripada aspek 
tingkah laku, emosi dan pertuturan. Kadar perkembangan daya fikir menjadi 
lembab dan keupayaan untuk bercakap pada umur seawal dua tahun terjejas.

Gangguan perkembangan intelek atau daya fikir seperti ini disebut penyakit 
autisme.

Jika seorang kanak-kanak tidak dapat bertutur apabila mencapai umur dua 
tahun, ayah atau ibunya boleh membawa anak mereka berjumpa doktor 
pakar dalam bidang telinga, hidung dan tekak, atau disebut sebagai pakar 
otorinolaringologi.

Selain gangguan bertutur, kanak-kanak autistik menunjukkan ciri-ciri seperti 
tidak suka berinteraksi dengan orang lain dan jika mereka membuat 
sesuatu, mereka akan mengulang-ulang perbuatan itu.


Di samping itu, kanak-kanak berkenaan turut mengalami gangguan tidur
Kanak-kanak autistik sukar tidur pada waktu malam dan jika tertidur mereka 
kerap terbangun, oleh itu pada siang hari mereka mudah mengantuk.

Gambaran seperti ini membuatkan ibu bapa sering runsing dan bimbang. Akan
 timbul persoalan jika isteri mengandung lagi, adakah gangguan daya fikir ini 
akan berlaku juga kepada anak yang bakal lahir.

Setiap ibu bapa berharap mendapat cahaya mata normal dan boleh membesar 
seperti kanak-kanak lain — iaitu menjadi riang, suka bermain sesama rakan 
dan boleh berinteraksi dengan baik.

Permasalahan Pertuturan

Namun tidak dapat dinafikan bukan semua harapan dan impian menjadi 
kenyataan. Disebabkan sesuatu yang mungkin sudah berlaku sama ada secara 
disedari atau tidak, ada segolongan kanak-kanak mengalami permasalahan 
autisme.

Gangguan autisme hampir sama dengan satu lagi gangguan yang boleh 
berlaku kepada kanak-kanak iaitu gangguan Asperger. Cuma 
perbezaannya, gangguan Asperger tidak menunjukkan permasalahan 
pertuturan seperti dialami dalam gangguan autisme.

Gangguan autisme dan Asperger berlaku lebih kerap pada kanak-kanak 
lelaki dan ada peningkatan risiko kepada adik beradik lain. Selalunya 
gangguan ini boleh dikesan sebelum kanak-kanak mencapai umur tiga tahun.

Kajian dibuat menunjukkan wujudnya beberapa gangguan kesihatan yang 
boleh dialami kanak-kanak ini seperti ensefalitis atau jangkitan pada otak dan 
anoksia ketika kelahiran, iaitu kekurangan oksigen pada bayi.

Ini menunjukkan adanya perubahan fizikal pada otak kanak-kanak berkenaan. 
Jika dibuat ujian elektroensefalografi (EEG) akan dapat dilihat perubahan pada 
gelombang otak yang menunjukkan corak tidak normal.

Ada juga yang mencapai umur remaja dan boleh mengalami kekejangan. 
Walaupun demikian, ada segolongan kecil daripada kanak-kanak istimewa ini 
yang mampu bekerja dan boleh berdikari.

Memang benar ada ramai kanak-kanak autistik mengalami gangguan tidur. 
Kajian di luar negara menunjukkan mereka sukar tidur, kadangkala mengambil 
masa sehingga sejam sebelum dapat tidur.

Apabila dapat tidur, mereka kerap terbangun dan mudah terjaga pada awal 
pagi lagi, kadangkala sebelum jam lima pagi. Malah, mereka juga didapati 
tidak mahu tidur bersendirian.

Permasalahan tidur pada kanak-kanak autistik memberi gambaran bahawa 
ibu bapa perlu tahu iaitu gangguan tidur di kalangan kanak-kanak boleh 
disebabkan pelbagai perkara.

Oleh itu, daripada aspek memberi bantuan dan rawatan, punca sebenar 
gangguan tidur perlu diketahui supaya intervensi yang hendak dibuat 
bertepatan dengan punca masalah.

Jika tidak, sesuatu pendekatan rawatan itu hanya berfokus kepada simptomnya
 dan bukan kepada puncanya.

Kanak-kanak autistik dikatakan mengalami permasalahan dalam 
proses perkembangan intelek, emosi dan perilaku sosial. Pada peringkat
 umur tiga tahun, mereka masih tidak dapat bertutur, emosinya terbatas dan
 tidak mampu beramah mesra dengan rakan sebaya.

Dengan adanya pengetahuan sempurna mengenai gangguan ini, usaha 
terbaik boleh dibuat bagi mengurangkan permasalahan dihadapi. Ibu bapa 
perlu banyak bersabar dan mendapat bantuan daripada sanak saudara 
masing-masing bagi meyakinkan diri bahawa mereka sudah buat yang terbaik 
kepada anak istimewa ini.

Masa depan anak ini bergantung kepada sejauh mana gangguan perubatan dan 
komplikasi lain yang mungkin timbul.

Jika anda ada anak seperti ini, anda bukan keseorangan. Ramai ibu bapa 
lain mengalami nasib sama. Kadar berlaku gangguan autisme dikatakan di 
antara dua hingga lima kes bagi setiap 10,000 individu.

Oleh itu, wujud pelbagai persatuan sukarela, terutama dari kalangan ibu 
bapa yang ada anak seperti ini. Persatuan ini mempunyai matlamat sama iaitu 
membantu sesama sendiri ketika menghadapi cabaran dan dugaan dalam 
memelihara anak istimewa mereka.

Sehingga ini tiada gen spesifik yang berkaitan dengan gangguan ini 
ditemui. Walaupun risiko berlakunya gangguan ini didapati lebih sedikit di 
antara adik beradik terbabit, ia tidak bermaksud semua atau 100 peratus 
anak yang berkaitan akan mengalami gangguan sama. Manusia hanya 
dapat merancang dan Allah SWT jua yang menentukan segala-galanya

Falsafah Pendidikan Khas

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada entri kali ini, saya akan memberitahu mengenai ‘Falsafah Pendidikan Khas’ diwujudkan di Malaysia. Setiap ada yang kita lakukan, mestilah mempunyai falsafah supaya kita mempunyai tujuan. Jadi, program pendidikan khas di Malaysia di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia juga menyenaraikan falsafahnya.











Falsafah Pendidikan Khas
  1. Menyediakan peluang yang sama kepada pelajar-pelajar khas seperti yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa
  2. Menyelaraskan sistem pendidikan untuk memenuhi matlamat negara melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih





Matlamat Pendidikan Khas


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada entri kali ini, saya akan memberitahu mengenai ‘Matlamat Pendidikan Khas’ diwujudkan di Malaysia. Setiap ada yang kita lakukan, mestilah mempunyai matlamat supaya kita mempunyai tujuan. Jadi, program pendidikan khas di Malaysia di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia juga menyenaraikan matlamatnya.















Matlamat Pendidikan Khas
  1. Menyuburkan keupayaan intelek, emosi, sosial dan jasmani kanak-kanak luar biasa
  2. Memperkembangkan kecekapan ekonomi yang asas supaya kanak-kanak khas menjadi pekerja berguna dalam masyarakat
  3. Mencegah sesuatu ketidakbolehan supaya tidak menjadi suatu kecacatan
  4. Mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dengan mengembang atau memulihkan perasaan yakin diri di kalangan kanak-kanak khas
  5. Mengeratkan kanak-kanak khas dengan masyarakat biasa supaya mereka dapat diterima oleh masyarakat

Friday, April 15, 2011

Disleksia

500,000 kanak-kanak di negara ini hidap disleksia dan
ada tidak disedari ibu bapa

RAKAN sebaya anak anda seronok setiap pagi untuk
ke sekolah, tetapi anak anda bersikap sebaliknya. Jika
 menghadapi masalah sebegitu, anda dinasihatkan
supaya mencari jawapan di sebalik alasan diberikan
bagi mengenal pasti masalah dihadapi.

Kerap gagal dalam ujian diberikan, selain gagal
mengikuti pengajaran guru menyebabkan kanak-
kanak itu sering dilabelkan sebagai murid lembab dan
nakal, sekali gus memberikan kesan mendalam kepada
murid berkenaan yang rata-ratanya mereka sendiri
mungkin tidak tahu bagaimana untuk diluahkan kepada
ibu bapa atau guru, apa sebenarnya yang mereka
hadapi.

Tanda yang ditunjukkan anak berkenaan, mungkin
sebenarnya disebabkan masalah lain termasuk
menghidap disleksia yang memungkinkan berlaku
kesukaran kepada hidupnya kerana kanak-kanak
disleksik bermasalah dari segi pembelajaran.

Maklumat yang menakutkan, apabila anak berkenaan
tidak dibantu pada peringkat awal lagi, beliau akan
menjadi remaja bermasalah. Sungguhpun ramai orang
ternama dunia termasuk Albert Einstein, Winston
Churchill, Walt Disney, Tom Cruise, Leonardo Da
Vincci, selain data menunjukkan kira-kira 30 peratus
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat ternama juga
adalah disleksik yang membuktikan penghidap
disleksia boleh menikmati kehidupan cemerlang, pada
 masa sama kajian di Amerika Syarikat (AS) mendapati
50 peratus banduan di negara itu adalah penghidap
penyakit berkenaan.

Senario itu membuktikan kanak-kanak yang dibantu
boleh menjadi manusia berguna, sebaliknya sekiranya
dibiarkan begitu saja, boleh memberikan kesan negatif
pada masa depannya.

Presiden Persatuan Disleksia Malaysia, Sariah Amirin,
berkata sungguhpun isu berkenaan menjadi masalah
'cukup tua' dikesan di dunia, kesedarannya masih
berada di takuk lama yang mana ibu bapa, malah guru
masih belum memahami sepenuhnya dan kanak-kanak
disleksik terus terbiar tanpa bantuan.

"Kanak-kanak disleksik masih ramai terabai kerana
masih ramai guru yang gagal memahami karakter
disleksia. Sekiranya mereka mengetahuinya, mereka
tidak memiliki kemahiran khusus. Dengan kekurangan
tenaga pengajar yang mahir, kanak-kanak yang
sepatutnya mendapat tunjuk ajar khusus, sebaliknya
bercampur satu kelas dengan murid normal.

"Apabila bercampur, mereka sudah pasti tidak
menunjukkan prestasi membanggakan, sering dilabel
pelajar bodoh dan lembab, selain diabaikan kerana guru
juga tidak mempunyai masa cukup memberikan
tumpuan lebih terhadap murid disleksik. Bayangkan,
anda dilabel bodoh dan lembab sepanjang waktu? 
Bukankah ia mempunyai kesan buruk, sedangkan anda tahu 
anda bijak,???

Disleksia adalah masalah kesukaran pembelajaran,
yang memberikan kesan terhadap pembacaan, ejaan,
menulis dan mengingat. Ia adalah kesan daripada
kerosakan kebolehan otak untuk mentafsirkan imej
yang diterima menerusi penglihatan atau pendengaran
untuk diterjemahkan dalam bentuk bahasa yang
difahami.

Individu disleksia memiliki beberapa kelemahan
termasuk melihat huruf secara terbalik seperti 'was'
sebagai 'saw', 'b' sebagai 'd' atau 'p' sebagai 'q'. Kesukaran
 dalam memahami, mengingat atau mengulang apa yang
disebut melalui tulisan dan mempunyai tulisan yang
tidak
 cantik.

Sariah berkata, pengesanan awal amat membantu
kanak-kanak berkenaan hidup menikmati kehidupan
bermutu dan memudahkan mereka belajar membaca
 serta menulis dengan baik. Sungguhpun hari ini ada
 sekolah yang memiliki kelas untuk murid disleksik,
masih banyak sekolah tidak memilikinya, malah hanya
boleh menempatkan cuma 20 murid pada sesuatu
masa, sedangkan kajian menunjukkan lebih 500,000
kanak-kanak sekolah menderita akibat disleksia.

Menangani masalah berkenaan, katanya, persatuan itu
bersedia melatih guru menangani kanak-kanak
disleksik sekiranya Kementerian Pendidikan benar-
benar serius menangani isu berkenaan.

"Kita perlu faham bahawa kanak-kanak ini bukanlah
sakit atau menghadapi gangguan mental, sebaliknya
kebolehan dari segi pembelajaran. Berbekalkan
kesabaran dan teknik yang betul, kanak-kanak ini
mampu menangani masalah yang mereka hadapi itu.

"Individu disleksik adalah insan pintar dan sekiranya kita 
terus mengabaikan, mungkin kita kehilangan saintis, doktor 
serta bijak pandai kerana ramai orang hebat di dunia, juga 
disleksik.
Kanak-kanak yang diabaikan ini membolehkan mereka
terjerumus dalam kancah sosial yang merosakkan,"
katanya.

Mengulas mengenai pembiayaan kos ditanggung
persatuan berkenaan, Sariah berkata, menjalankan kerja 
mengajar dan program kesedaran, persatuan itu 
bergantung sepenuhnya daripada derma serta sumbangan 
korporat.

Puluhan ribu diperlukan setiap bulan membabitkan
gaji guru dan pekerja, selain sewa yang perlu dibayar
bagi membolehkan persatuan terus berbakti kepada
pihak memerlukan.

Sariah berkata, persatuan berkenaan ditubuhkan sejak
1993 dan banyak menganjurkan seminar serta bengkel
membolehkan kanak-kanak disleksik terus belajar dan
mampu kembali seperti normal yang tidak mungkin
boleh didapati di sekolah biasa,

"Kanak-kanak ini bukan sepenuhnya belajar di sini,
sebaliknya akan ada beberapa kelas dan dalam tempoh
tertentu untuk mereka belajar dan teknik pembelajaran
diberikan adalah berbeza. Dengan jumlah murid yang
kecil seperti lima orang, guru akan mampu memberikan
perhatian sepenuhnya.

"Sekiranya di sekolah, kanak-kanak ini belajar bahasa
Melayu, kita di persatuan pula mengajarnya dalam
bahasa Inggeris dan matematik. Selama tiga bulan
pembelajaran komprehensif, selebihnya mereka boleh
menghadiri kelas tambahan," katanya.



Apa itu Disleksia?

            Disleksia  bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang yang menghidap disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan penghidap yang lain.
Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi penghidap disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.
Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan disleksia, antaranya ialah:
* Dyscalculia (Diskalkulia) – bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik;
* Dysgraphia (Disgrafia) – bermasalah dalam bahasa; dan
* Dyspraxia (Dispraksia) – bermasalah dalam koordinasi motor-mata-tangan.
Ciri-ciri penghidap Disleksia
1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘p’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.
5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
7. Sering berlaku dalam kalangan lelaki.
8. Kerap berlaku dalam kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
Punca-Punca Disleksia
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.
Masalah Kanak-Kanak yang Menghadapi Disleksia
Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;
Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m – w y –g – j u – n m – n
c – e p – q h – n b – d
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
t – h f – v
Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kanak merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti:
Batu – tuba
Gula – lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:
pada masa yang sama – dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut:
Jam – jem
cat – cat


Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik.
Bercakap dan mendengar
Terdapat juga dalam kalangan mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
3 – 5 – 8
9 – 6

Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah.
Rawatan Kanak-Kanak Disleksia
Berikut adalah beberapa cadangan untuk rawatan kanak-kanak disleksia. Apa pun ia bergantung kepada kesesuaian keadaan kanak-kanak.
1. Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal.
2. Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
3. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi.
4. Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
5. Membacakan cerita untuk anak-anak dan sentiasa mendampingi mereka.
6. Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.
7. Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni.
8. Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik.
9. Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai.