MAKLUMAT AWAL PK SKTP
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (KKBP) SK TANAH PUTEH
PENGENALAN.
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang dikenal pasti oleh pakar profesionalklinikal sebagai insan yang mengalami kecacatan dan mengganggu proses pembelajaran.
RASIONAL.
Kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk mererima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh, dengan mengambilkira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas teknik dan penglibatan masyarakat.
MATLAMAT
Kelas kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan untuk melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah dengan kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh dari semua segi serta nilai-nilai astetika dan sosial agar mereka menjadi ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.